Cara Murah Guna SSL (HTTPS) Untuk Laman Web Anda

Penggunaan SSL (HTTPS) adalah penting jika laman web anda melibatkan data-data pengguna seperti username, password, maklumat pembelian, data peribadi seperti nombor kad pengenalan dan sebagainya. Data-data penting ini begitu mudah untuk dicuri jika pengguna menggunakan capaian Internet di tempat awam.

Untuk menggunakan HTTPS bagaimana pun memerlukan setiap website mempunyai alamat IP yang tersendiri. Kebanyakkan laman web pula menggunakan perkhidmatan shared hosting sebagai hos dan ini bermakna mereka berkongsi alamat IP dengan pelbagai laman lain di hos yang sama.

Jadi untuk menggunakan HTTPS, mereka perlu menyewa alamat IP tambahan, khusus untuk laman web mereka sahaja.

Server Name Indication (SNI) adalah teknologi yang membolehkan penggunaan SSL certificate pada website tanpa memerlukan dedicated IP. Kebanyakkan browser hari ini menyokong SNI. Untuk peranti mobile android, support bermula dengan Android 3.0 (HoneyComb) manakala untuk IoS (Iphone) bermula dgn versi 4.0.

Ini bermakna peranti yang dibeli dalam tempoh 4 tahun lepas sudah pun mempunyai sokongan terhadap SNI. SNI (Server Name Indication) boleh memangkin penggunaan HTTPS yang lebih meluas.

Jika anda menggunakan shared hosting dan ingin menggunakan HTTPS bagi laman web anda, hubungi penyedia shared hosting anda untuk bertanyakan sama ada mereka sudah mempunyai sokongan untuk SNI atau tidak.

Mengenai penulis

Kamal Mustafa adalah Web developer dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang pembangunan aplikasi web (PHP/Python) dan IT secara umum. Bersedia untuk berkongsi ilmu berkaitan IT dan pengaturcaraan melalui penulisan, bengkel, seminar atau personal coaching. Aktif menulis di blog peribadi ImportError dan Twitter @k4ml.

Kamal Mustafa is a Web Developer with more than 10 years experience in web application development (PHP/Python) and IT in general. Interested in sharing knowledge about IT and programming through writing, workshop, seminar or personal coaching. Actively sharing his thought at personal blog ImportError and Twitter @k4ml.

comments powered by Disqus