Jargon Pengaturcaraan

Jargon adalah perkataan atau frasa istimewa yang sukar difahami. Dalam bidang pembangunan perisian, seperti bidang profesional lain, seringkali terdapat perkataan-perkataan sukar ini. Artikel ini bertujuan untuk mengumpulkan jargon tersebut berserta dengan penerangan ringkas mengenainya sebagai rujukan mudah untuk semua.

Gunakan fungsi find (Ctrl+F) dalam pelayar web anda untuk membuat carian dan untuk navigasi.


  1. Automated Testing : Ujian yang diautomasikan. Satu program tertentu dijalankan dan ia akan melakukan ujian terhadap sistem.

  2. Bug : Ralat atau kecacatan di dalam sistem.

  3. Business Layer : Salah satu layer dalam N-Layered Architecture. Menempatkan aturcara yang menjalankan kerja utama dalam sistem tersebut.

  4. Class Diagram : Rajah berbentuk blok-blok yang mewakili class. Ia menunjukkan struktur class dan hubungan antaranya. Sebahagian dari UML.

  5. Cloud Computing : Penggunaan sumber komputer (hardware dan software) yang dihantar sebagai servis melalui network (Internet)

  6. Data Layer : Salah satu layer dalam N-Layered Architecture. Menempatkan aturcara yang berinteraksi dengan storan/simpanan/pangkalan data.

  7. Data Transfer Object (DTO) : Struktur yang dipermudahkan untuk tujuan penghantaran data dari satu bahagian ke bahagian lain. Suatu domain class yang kompleks mungkin dipermudahkan untuk menghantaran melalui web service atau paparan di UI.

  8. Domain Expert : Pihak yang pakar tentang keperluan sistem dan masalah yang ingin diselesaikan. Biasanya terlibat dalam System Requirements Study (SRS). Juga dipanggil Subject Matter Expert (SME).

  9. Entity Relationship Diagram (ERD) : Rajah yang menunjukkan table di dalam pangkalan data, column yang terdapat di dalamnya, dan hunbungan antara table-table tersebut.

  10. Integrated Development Environment (IDE) : Suatu pakej aplikasi yang digunakan untuk membina aturcara. Mungkin di dalam satu program atau berbilang program. Biasanya mengandungi editor, compiler, debugger dan sokongan lain seperti bantuan utk melayari dokumentasi, code completion dan sebagainya.

  11. Model View Controller (MVC) : Satu senibina sistem di mana ia dipecahkan kepada 3 komponen. Model mewakili entiti di dalam sistem. View adalah UI yang dipaparkan kepada pengguna. Controller adalah mengantara dan pemudahcara antara Model dan View, ia berperanan menerima input dan mengarahkan komponen lain bergerak.

  12. Monkey Patching : Suatu teknik dalam dynamic programming di mana suatu function/method disuntik ke dalam objek semasa runtime, walaupun class asalnya tidak memiliki function/method tersebut.

  13. N-Layered Architecture : Pendekatan merekabentuk sistem dengan membahagikan kepada bahagian yang dinamakan layer. Kebiasaannya 2-Layer, 3-Layer, atau 4-Layer.

  14. Persistence : Storan atau simpanan. Biasanya pangkalan data, sistem fail dan sebagainya.

  15. Platform as a Service (PaaS) : Satu kategori servis komputer cloud di mana ia membekal platform dan kaedah komputer sebagai servis. Ia adalah salah satu model servis pengkomputeran cloud. Dalam model ini, pembekal membekalkan rangkaian, pelayan, storan dan servis servis lain. Pengguna pula menggunakan alatan dan sebagainya yang dibekalkan pembekal untuk membina software.

  16. Presentation Layer : Salah satu layer dalam N-Layered Architecture. Menempatkan antaramuka pengguna (UI).

  17. Representational State Transfer (REST) : Adalah gaya seni bina perisian untuk sistem seperti World Wide Web. Semua permintaan kepada penghubung mesti mengandungi maklumat yang diperlukan seperti method dan data yang diperlukan. Berlawanan dengan cara laman web yang biasa menggunakan cookies dan session untuk menyelenggara data diantara sesi.

  18. Sequence Diagram : Rajah yang menunjukkan aliran perjalanan sistem

  19. Service Layer : Salah satu layer dalam N-Layered Architecture.

  20. Service Oriented Architecture (SOA) : ?

  21. Simple Object Access Protocol (SOAP) : ?

  22. Software as a Service (SaaS) : Software sebagai servis. Satu model penghantaran software di mana software dan data berkaitan dihos pada cloud. SaaS biasanya diakses pengguna menggunakan thin client seperti web browser. Ia telah menjadi satu model penghantaran software yang biasa bagi banyak aplikasi perniagaan seperti akaun, kolaborasi, pengurusan hubungan pengguna (CRM), sistem pengurusan informasi (MIS), perancangan sumber enterprise (ERP), invoice, pengurusan sumber pengguna (HRM), pengurusan kandungan (CM), dan pengurusan helpdesk. Salah satu modal untuk menjual bagi syarikat syarikat ini ialah potensi untuk mengurangkan kos sokongan IT dengan melepaskan sokongan hardware, penyelenggaraan software, dan sokongan kepada pembekal SaaS.

  23. Subject Matter Expert : Rujuk Domain Expert.

  24. Unified Modeling Language (UML) : UML menyediakan tatabahasa (seperti Use Case, Actor, dan sebagainya) yang dapat digunakan untuk memodelkan sistem berdasarkan Object-Oriented Design. Ia menetapkan rajah yang boleh digunakan untuk menggambarkan sistem seperti Use Case Diagram, Class Diagram, Sequence Diagram, Activity Diagram, dan lain-lain.

  25. Unit Test : Kod yang ditulis untuk menguji satu "unit" kecil dalam sistem. Unit ini biasanya merujuk kepada satu business class. Unit test ini biasanya tidak termasuk dalam sistem sebenarnya.

  26. Use Case : Satu scenario antara pengguna dan sistem. Contohnya dalam sistem kedai online, ada use case administrator memasukkan produk, use case pelanggan melayari produk, use case pelanggan membuat pembelian, dan sebagainya.

  27. User Story : Satu ayat pendek yang menerangkan interaksi dalam sistem. Ia menunjukkan siapa, apa, dan mengapa sesuatu berlaku/dilakukan. Contohnya, "Sebagai pelanggan, saya ingin melihat produk yang dijual, supaya saya boleh membuat pilihan".

  28. Version Control System (VCS) : Sistem untuk menyimpan fail-fail aturcara. Ia membenarkan perubahan demi perubahan (versi) disimpan dan pengguna boleh mengambil mana-mana versi yang terdahulu untuk digunakan. Jika digunakan dalam team, ia memudahkan perkongsian kod dan mengelakkan pertembungan perubahan (conflict) antara berbilang pengguna melalui proses merge. Antara VCS yang popular ialah CVS (nama product, Concurrent Versioning System), Subversion, Mercurial, Git, dan Bazaar.

  29. Web Service : Satu method standard untuk komputer di internet untuk memberi akses program atau fungsi yang boleh dicapai dan digunakan dari komputer lain

  30. Z-Index : ?


Untuk menyumbang, sila isikan perkataan/frasa di kiri dan maksudnya di sebelah kanan. Jargon boleh jadi dalam Bahasa Melayu atau Inggeris, tapi penerangannya mesti dibuat dalam Bahasa Melayu. Susun jargon mengikut abjad.

comments powered by Disqus