Ditulis pada 04 Nov 2014
oleh Kamal Mustafa
Sebelum ini kita telah menulis kod JavaScript asas seperti berikut:-
(function() {
var keyword = document.getElementById('keyword');
alert keyword;
})();
Bagi yang biasa dengan JavaScript pasti menyedari ada masalah dengan kod di
atas. Malah jika anda membuka fail
index.html
melalui browser, anda akan
dapati nilai yang dipaparkan dalam
alert
adalah
null
. Ini sudah pasti bukan
yang kita harapkan kerana nilai yang sepatutnya adalah reference kepada DOM
object HTMLInput. Ini adalah disebabkan kod tersebut terus dijalankan apabila
ia dibaca dalam browser. Bagaimanapun sentiasa ada kemungkinan semasa kod
tersebut dijalankan, DOM element yang kita cuba dapatkan masih belum disediakan
sepenuhnya oleh browser.
… (artikel penuh)
Ditulis pada 15 Sep 2014
oleh Kamal Mustafa
Memetik kata-kata Douglas Crockford, JavaScript adalah bahasa
pengaturcaraan yang sering disalahfahami walaupun ianya merupakan bahasa
pengaturcaraan yang paling popular sekali dengan penggunaan yang paling meluas.
… (artikel penuh)
Ditulis pada 13 Sep 2014
oleh Kamal Mustafa
Session dalam aplikasi web adalah untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan sifat stateless dalam protokol HTTP. Contohnya apabila kita melayari satu laman web, dan membuka laman utama dan kemudian laman yang kedua, server tidak akan dapat mengenalpasti orang yang mengakses laman kedua adalah orang yang sama mengakses laman pertama tadi. Ini menyebabkan masalah apabila kita ingin membangunkan aplikasi di mana sebahagian daripada laman kita adalah untuk pengguna tertentu sahaja.
… (artikel penuh)
Ditulis pada 22 Mar 2013
oleh Ikhwan Hayat
Dependency Injection adalah suatu teknik rekabentuk perisian untuk menjadikannya lebih modular dan flexible. Ia kadangkala juga disebut sebagai Dependency Inversion atau Inversion of Control (IoC). Maksud sebenar setiap satu frasa sedikit berbeza, namun untuk permulaan bolehlah dianggap semuanya membawa maksud yang hampir serupa.
… (artikel penuh)
Ditulis pada 28 Dec 2012
Jargon adalah perkataan atau frasa istimewa yang sukar difahami. Dalam bidang pembangunan perisian, seperti bidang profesional lain, seringkali terdapat perkataan-perkataan sukar ini. Artikel ini bertujuan untuk mengumpulkan jargon tersebut berserta dengan penerangan ringkas mengenainya sebagai rujukan mudah untuk semua.
… (artikel penuh)